Crush |
Admin.



Bonjour! I'm the big boss here. So please be nice :)

Nice To Know You >< Follow keyhh


Diary About Links Tutos


Chat Here.


Arigatou.

Template: Ana Min-Ji
Basecode: Ainabillah Shafie
Header: Mrs.HunHan
Others:




Kenapa Putus Kawan =(


Assalamualaikum kawan-II ..

Fuhhh .. Semangat gila akuh nak update blog malam-II niyhh sambil dengar lagu Tuhan Jagakan Dia dari Motif Band .Sangat tenang gituuuu. Lagi tenang dan meremang bulu roma kalau dengar lagu 'meniti di alam barzakh'. Insaf den. Lagu tu memang best. Sila hayati liriknya betul-betul :') #Sobbinggg .


Okay, cukup pasal lagu. Sekarang nak cerita sikit pasal 'putus kawan' . Paham tak apa maksudnya? Senang cerita putus kawan ni maksudnya lebih kurang dengan putus saudara. Cuma perkataan ni kita ucapkan dalam kalangan kawan-kawan kita je. Penah ke orang cakap putus kawan dengan ayah sendiri? Rasanya tak pernah. hek!

So, kejadian putus memutus kawan ni baru je terkena pada diri aku sendiri. Bukan diri aku sorang je. Tapi dengan kawan-kawan yang lain. Semuanya ada yang takkena. Macam ni lah, aku tak nak and tak suka nak bukak aib orang lain lagi-lagi nak cerita pasal masalah yang aku rasa benda ni berlaku atas sebab yang saaaangat kecik. Sangat tidak matang yer tuan-tuan dan puan-puan sebab yang 'beliau' bg kenapa dia nak putus kawan dengan kita orang. Tidak boleh diterima dek akal !

Straigh to the point. Korang rasa atas sebab apa kita ungkapkan perkataan 'putus kawan' tu ? Boleh tolong senaraikan sebab-sebabnya? Mungkin ada sebab-sebab yang buat kita sangat marah dan tak boleh nak maafkan kawan kita tu. Daaaannnn, ada sebab-sebab kecik yang tak masuk akal sampai terungkapnya perkataan 'putus kawan' ! Aku tengok persahabatan zaman kita sekarang ni banyak yang tak kekal lama. Bukan setakat percintaan je tak kekal lama okay. Persahabatan pon tak kekal lama. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan persahabatan yang kita jalinkan putus di tengah jalan. Ecehhhhhh ayat :P

Bagi pendapat aku, persahabatan yang dah terjalin di antara kita dan kawan-kawan yang lain mesti ada niat yang betul. Terutamanya, kita niatkan persahahabat itu kerana Allah. Persahabatan yang terjalin kerana Allah, insyaAllah akan lebih dilindungi dan dijaga rapi. Keduanya, persahabatan yang terjalin mestilah ada niat yang baik. Bukan kerana dengki, dendam atau ada udang disebalik mee goreng mamak. Kalau macam tu lah jadinya, memang confirm persahabatan tu sekerat jalan je. Seterusnya, dalam bersahabat kita mestilah dan wajib menerima kawan kita tu seadanya. Terima segala kekurangan dan kelemahan yang dia ada. Kalau boleh, kita sama-sama bantu dia untuk cover semua benda tu. Itulah sahabat sejati :')

Jangan pulak kita bersahabat kerana kawan kita tu mempunyai banyak kesenangan. Contohnya, Joyah kawan dengan Jenab sebab Jenab anak orang kaya. Setiap hari Jenab boleh belanja Joyah makan KFC . Tapi bila bapak Jenab bankrup dan Jenab jadi papa kedana, Si Joyah terus taknak dah kawan dengan Jenab. puihhhhh ! aku kahak kang jugak Si Joyah ni !

Memang betul, dalam persahabatan pun ada pasang surutnya. Kadang-kadang ada jugak salah paham yang akan berlaku. Ingat, itu semua ujian dari Allah. Allah saje nak uji kita dengan ujian tu. Lebih tepat lagi sebab Allah sayangkan kita. Kita yang kerdil ni, jangan pulak ikutkan sangat mood marah tu sampai nak putus kawan dengan kawan kita. Tahu tak betapa sedihnya hati kawan kita tu? Nabi tak mengaku umat tau kalau umatnya suka memutus-mutuskan persaudaraan. Seeloknya, kita gunakan akal yang Allah kurniakan kepada kita untuk fikir dengan lebih baik dan matang. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik :)




anyway sekarang persahabatan kita dah okayy semulaaa . jeles takk ? hek
And, last but not least,
SAHABAT YANG SEJATI AKAN SENTIASA BERADA DI SISI SAHABATNYA KETIKA DALAM APA JUA KEADAAN .